CIRI-CIRI BLOG YANG BAIK DAN MENARIK
- intanmahadzir
- May 28, 2016
- 2 min read
Ciri-ciri blog yang baik dan menarik.
1) Mempunyai alamat URL yang mudah diingati
Alamat URL sangat penting dan perlu diletakkan dengan ringkas supaya mudah diingat. Kadangkala terdapat pengunjung yang malas untuk menaip URL yang terlalu panjang ditambah pula dengan kewujudan karakter seperti tanda “-” atau lain-lain.
2) Update secara kerap dan teratur
Untuk membuatkan pengunjung tidak berasa bosan dengan maklumat yang sama sahaja, anda perlu update blog selalu dengan maklumat-maklumat terkini sama ada secara spontan ataupun maklumat fakta. Untuk memudahkan pencarian, anda perlu memudahkan pengunjung dengan menyusun tajuk-tajuk maklumat di tepi bahagian blog mengikut urutan masa.
3) Proses loading yang tidak lama
Perkara ini juga penting kerana pengunjung akan merasa bosan dan merungut apabila perlu menunggu halaman web yang loading terlalu lama. Oleh itu, anda perlu menggunakan template blog yang ringkas tetapi menarik. Gambar yang dimuat turun juga perlulah mempunyai saiz dan kandungan yang kecil supaya mudah untuk proses loading walaupun tidak mempunyai jaringan internet yang kuat.
4) Kualiti maklumat
Menggunakan bahasa yang mudah difahami untuk menyampaikan maklumat. Maklumat yang diambil dari sumber lain perlulah diletakkan link pemilik tersebut kerana itu merupakan karya asal orang lain dan tidak boleh diciplak dengan sesuka hati. Maklumat yang berkualiti juga terhasil apabila mempunyai fokus yang jelas dalam sesuatu perkara dan dapat disampaikan dengan ringkas.
5) Hiasan blog yang ringkas dan menarik.
Sesuatu blog itu perlulah dihias dengan menarik iaitu dengan menentukan tema untuk memudahkan pemilihan template yang bersesuaian dengan tema. Selain itu, pengunjung juga akan merasa rimas jika terdapat iklan yang berselerak di dalam blog. Maka, anda perlu memastikan blog sentiasa kemas dan menarik supaya pengunjung berasa tertarik dan selesa dengan blog anda.
6) Meletakkan maklumat yang berguna
Untuk melahirkan sesuatu blog yang menarik, anda juga perlu menyelitkan maklumat-maklumat yang berguna untuk pengunjung. Hal ini bukan sahaja akan membantu dan memudahkan pengunjung, malah mereka akan menghargainya dan akan datang kembali ke blog anda untuk mengetahui maklumat-maklumat lain dan terkini.
7) Bacaan yang menarik
Sesuatu blog itu perlulah ditulis dengan baik dan tidak cukup dengan hanya mempunyai tatabahasa dan ejaan yang sempurna sahaja. Seorang penulis blog perlu menjadikan pembacaan blog tersebut menarik dan interaktif dengan membiarkan keperibadian bersinar melalui penulisan. Penulis juga boleh menulis dalam nada perbualan, cerita peribadi dan anekdot. Sebagai contoh saya suka blog yang ditulis oleh selebriti Hanis Zalikha yang begitu santai apabila menulis.
8) Menulis sesuatu yang unik dan baru
Penulis blog juga perlu kreatif dan unik dengan menulis maklumat-maklumat yang belum lagi ditulis oleh penulis lain. Penulis perlu menghasilkan sesuatu idea yang baru dan diluar kotak supaya pengunjung atau pembaca berasa kagum dan mula berkongsi pendapat melalui maklumat yang baru diketahui itu.
Comments